(KISAH KASIH CINTA)
Cinta
kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan
kepada Allah SWT.
Keutamaan Cinta Kepada Orang Beriman
Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”
Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :
“Demi Allah, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai. Adakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!” (HR. Muslim).
Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW, “Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai”. Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.
Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata.” (HR. Bukhari).
Hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban, ia berkata :
“Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah SAW bersabda, “Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan RasulNya.” Abu Dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali.”
Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim).
Manifestasi Cinta kerana Allah

1. Disunahkan orang yang mencintai
saudaranya kerana Allah untuk memberitahukan cintanya kepada orang yang
dicintainya. Abu Dawud dan At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : “Jika
seseorang mencintai saudaranya kerana Allah, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”
2. Disunahkan mendoakan saudara yang
dicintainya ketika tidak bersamanya. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : “Barang
siapa yang mendoakan saudaranya pada saat ia tidak bersamanya, maka malaikat
yang diamanahkan untuk menjaga dan mengawasinya berkata, “Semoga Allah
mengabulkan; dan bagimu semoga mendapat yang semisalnya.” (HR. Muslim).
3. Disunahkan meminta doa dari saudaranya.
Abu Dawud dan Tirmidzi meriwayatkan bahawa Umar bin Khatab berkata: Aku meminta
izin kepada Nabi SAW untuk umrah, kemudian beliau memberikan izin kepadaku dan
bersabda : “Wahai saudaraku, engkau jangan melupakan kami dalam doamu.”
4. Disunahkan mengunjungi orang yang
dicintai, duduk bersamanya, saling menjalin persaudaraan, dan saling memberi
kerana Allah, setelah mencintaiNya. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Abu
Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya ada seseorang yang
mengunjungi saudaranya di kota lain. Kemudian Allah memerintahkan Malaikat
untuk mengikutinya. Ketika malaikat sampai kepadanya, ia berkata, “Engkau
hendak ke mana?” Orang itu berkata, “Aku akan mengunjungi saudaraku di kota
ini.” Malaikat berkata, “Apakah ada hartamu yang dikelola olehnya?” Ia berkata,
“Tidak ada, hanya saja aku mencintainya kerana Allah.” Malaikat itu berkata,
“Sesunggunya aku adalah utusan Allah kepadamu. Aku diperintahkan untuk
mengatakan bahawa Allah sungguh telah mencintaimu sebagaimana engkau telah
mencintai saudaramu itu kerana Allah.”
5. Senantiasa berusaha membantu memenuhi
keperluan saudaranya dan bersungguh-sungguh menghilangkan kesusahannya. Hal ini
berdasarkan hadis Mutafaq 'alaih dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda : “Seorang
muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan
tidak akan membiarkannya binasa. Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan
saudaranya maka Allah akan memenuhi perluannya. Barangsiapa yang menghilangkan
kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan
salah satu kesusahannya kelak di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutup aib
seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat.”
6. Disunahkan menemui orang yang dicintai
dengan menampakkan (menzahirkan) perkara yang disukainya untuk
menggembirakannya. Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitab As-Shagir, Rasulullah
SAW bersabda : “Barangsiapa yang menemui saudaranya yang muslim dengan
menampakkan perkara yang disukainya kerana ingin membahagiakannya, maka Allah
akan memberikan kebahagiaan kepadanya di Hari Kiamat.”
7. Disunahkan seorang muslim menemui
saudaranya dengan wajah yang berseri-seri. Diriwayatkan dari Abu Dzar, ia
berkata; Rasulullah SAW bersabda : “Janganlah meremehkan kebaikan sedikit
pun, walau sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri.”
(HR. Muslim).
8. Disunahkan seorang muslim memberikan
hadiah kepada saudaranya, berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda : “Kamu
harus saling memberi hadiah, maka kamu akan saling mencintai.” (HR.
Bukhari)
9. Disunahkan menerima hadiah yang diberi
saudaranya dan membalasnya. Dasarnya adalah hadis daripada Aisyah riwayat
Bukhari, ia berkata : “Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dan
membalasnya.” Termasuk memberikan balasan hadiah yang setimpal adalah jika
seorang muslim mengatakan kepada saudaranya, “Jazakallah Khairan”,
ertinya semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Tirmidzi meriwayatkan dari
Usamah bin Zaid, bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa diberi
kebaikan kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, “Jazakallah
Khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh dia telah
memberikan pujian yang sangat baik.”
10.
Harus
berterima kasih kepada orang yang telah memberikan kebaikan kepadanya.
Diriwayatkan dari Nu’man bin Basyir, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa
yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit, maka ia tidak akan dapat mensyukuri
nikmat yang banyak. Barangsiapa yang tidak dapat bersyukur kepada orang, maka
ia tidak akan dapat bersyukur kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah adalah
sama dengan bersyukur. Dan tidak membicarakan kenikmatan bererti mengingkari
nikmat. Berjemaah adalah rahmat, bercerai berai adalah azab.”
11.
Disunahkan
membela saudaranya untuk mendapatkan kemanfaatan dari suatu kebaikan atau untuk
memberikan kemudahan dari suatu kesulitan. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
jika didatangi peminta-minta (pengemis), maka baginda suka berkata : “Belalah
dia, maka kamu akan diberikan pahala. Dan Allah akan memutuskan dengan lisan
nabiNya tentang perkara yang ia kehendaki.” (HR. Bukhari)
12.
Wajib
memberi kemaafan terhadap saudaranya. Diriwayatkan Ibnu Majah bahawa Rasulullah
SAW bersabda : “Barangsiapa yang mengajukan permintaan maaf kepada
saudaranya dengan suatu alasan tapi ia tidak menerimanya, maka ia akan mendapat
kesalahan seperti kesalahan pemungut pajak.”
13.
Wajib
menjaga rahsia seorang muslim. Diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi dari Jabir,
sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Jika seseorang berkata kepada orang
lain dengan suatu perkataan kemudian ia menoleh (melihat sekelilingnya), maka
pembicaraan itu adalah amanah”.
14.
Wajib
memberi nasihat. Imam Muslim telah mentakhrij dari Abu Hurairah ra., ia
berkata; sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda : “Hak muslim ke atas muslim
yang lain ada enam. Dikatakan, “Apa yang enam itu, Ya Rasulallah?” Rasul SAW
bersabda, “Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah
salam kepadanya; Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya; Apabila
ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat kepadanya; Apabila ia
bersin dan mengucapkan al hamdu lillah, maka ucapkanlah yarhamukallah; Apabila
ia sakit maka ziarahlah; Apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai
ke kuburnya.”
Khatimah
Semoga dengan melaksanakan petunjuk Rasulullah SAW dalam mencintai seorang hamba keranaNya, kita dicintai Allah SWT sebagaimana hadis dari Umar bin Al-Khathab, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah mempunyai hamba-hamba yang bukan nabi dan bukan syuhada, tapi para nabi dan syuhada tertarik dengan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, siapa mereka dan bagaimana amal mereka? Semoga saja kami dapat mencintai mereka.” Rasulullah SAW bersabda, “Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai nikmat dan kurnia yang diberikan oleh Allah. Mereka tidak memiliki hubungan nasab dan tidak memiliki harta yang mereka kelola bersama. Demi Allah keberadaan mereka adalah cahaya dan mereka kelak akan ada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Mereka tidak berasa takut ketika banyak manusia berasa takut. Mereka tidak bersedih ketika banyak manusia bersedih.” Kemudian Rasulullah SAW membacakan firman Allah yang bermaksud :
“Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” (Yunus : 62)

Race Tech Titanium
BalasHapusThe Race Tech Titanium Race Tech micro touch trimmer Titanium, designed by the T-Tech titanium blade Technology team, is designed for the ford fusion titanium for sale ultimate titanium water bottle high-performance sports car for the apple watch stainless steel vs titanium